Monday, 14 April 2014

Nama Malaikat dan Tugasnya

Assalamualaikum W.B.T.

Bismillahirahmanirrahim,

Teringat dulu masa zaman persekolahan, masa sekolah agama rendah kita belajar Rukun Iman yang ENAM, yang salah satunya Percaya Kepada Malaikat. Masihkah anda ingat nama Sepuluh Malaikat dengan tugas-tugasnya. Sekadar hendak 'refresh' balik sesama kita sambil-sambil mengimbau kenangan di sekolah dulu.

 Firman Allah:
”Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari Kemudian, Maka Sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.”
(Surah An Nisaa’: 136)


  1. Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu Allah kepada nabi dan rasul. 
  2. Malaikat Mikail yang bertugas memberi rezeki pada manusia. 
  3. Malaikat Israfil yang memiliki tanggung jawab meniup sangkakala di waktu hari kiamat.
  4. Malaikat Izrail yang bertanggungjawab mencabut nyawa. 
  5. Malaikat Munkar yang bertugas menyoal  manusia di alam kubur.
  6. Malaikat Nakir yang bertugas menyoal manusia di alam kubur bersama Malaikat Munkar. 
  7. Malaikat  Rokib yang  mencatat segala amal baik manusia ketika hidup. 
  8. Malaikat Atid yang  mencatat segala perbuatan buruk / jahat manusia ketika hidup. 
  9. Malaikat Malik yang menjaga pintu neraka. 
  10. Malaikat Ridwan yang menjaga pintu syurga.

 Wassalamu...

Ya Allah, Teguhkan Kami & Lindungi Kami

  FlashMob berbentuk protes di pesisiran pantai Bosphorus, Turki, dengan memakai kain kafan dan memakai tag nama 529 orang yang dijatuhkan hukuman di Mesir.
 
Ayuh Berdoa; 
 
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Surah Al-Mumtahanah - Ayat 5

Ibu atau Ayah?


Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anh:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu."

(Riwayat Al-Bukhari)
 


-Sesungguhnya aku bukan insan sempurna-
-Ibu, ampunkan dosa-dosaku-

Pintu Taubat Masih Terbuka

Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Ash’ari RA, daripada Nabi SAW sabdanya : “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.” (Riwayat Muslim)
 

 1. Sesungguhnya Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk bertaubat dan  memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan tanpa menentukan masa dan waktu.

2. Islam menyuruh hambanya supaya segera bertaubat. Kesalahan yang dilakukan pada waktu siang hendaklah segera bertaubat pada waktu malam dan kesalahan yang dilakukan pada waktu malam hendaklah segera bertaubat pada waktu siang.


3. Allah tetap menerima taubat hamba-Nya selagi matahari belum terbit dari sebelah barat (tanda terlalu hampir kiamat).



Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Punca Batal Wudhu'

 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda: Solat orang yang berhadas (keluar air kencing, membuang air besar dan kentut) tidak diterima (Allah) sebelum dia berwudhu. Seorang yang berasal dari Hadramaut bertanya kepada Abu Hurairah: Apakah hadas itu? Abu Hurairah menjawab: Hadas itu ertinya angin yang keluar dari lubang anus. (Riwayat Al-Bukhari)

Seseorang yang mahu mengerjakan solat wajib berwudhu'. Terdapat 5 perkara yang membatalkan wudhu' iaitu:
  • Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur (hadas kecil)
  • Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wudhu'.
  • Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
  • Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas atau lapik.
  • Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.
Selain itu terdapat 11 perkara yang membatalkan Solat :
  • Meninggalkan salah satu rukun solat
  • Berhadas kecil atau besar
  • Makan atau minum
  • Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut
  • Berkata-kata
  • Berpaling dada daripada arah kiblat
  • Ketawa dengan mengeluarkan suara
  • Terbuka aurat dengan sengaja
  • Berubah niat
  • Murtad
Sumber dari: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Malam dan Siang


Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?(10) 
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?(11) 
(Surah An Naba', Ayat 10 - 11)

One Path - Jalan Yang Satu

Assalamualaikum W.B.T

One Path terhasil  daripada pengalaman hidup yang menempuh pelbagai kejadian sama ada yang makruf mahupun mungkar. Kita semua pernah melalui fasa kehidupan yang sama. Tak ada sesiap yang sempurna. Kita semua umat Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan. Seringkali tersasar daripada mencari jalan yang satu. Jalan yang mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Satu-satunya jalan kita, yang pengakhirannya di sana nanti. 

One Path hanyalah satu perkongsian untuk sesama kita Islam, tidak menyatakan yang saya ini arif dalam semua bab agama tetapi masih lagi dalam fasa mencari ilmu dan kelengkapan persediaan menuju jalan yang satu. Kalau ada kesilapan, di harap ada pihak yang lebih arif dapat membetulkan dan menegur kesilapan saya.

Wassalam...

Mohd Effendy